
Assalamualaikum wbt..
Kita selalu memberikan muhasabah pada diri, mengimbang mana yang lebih dan mana yang kurang. Sesekali, kita merasakan sangat jauh, terlalu jauh dengan yang Maha Menciptakan, puas mencari ke sana sini, meredah belukar kegusaran, mendaki puncak kegersangan saat jiwa merintihkan hidayah Tuhan, disanalah kita merasakan hampir terjatuh tersungkur dan tidak sanggup untuk bangun kembali. Sesekali juga kita merasakan segalanya milik kita, seumpama berada di awanan halus mencengkam kedamaian, terlupa sebentar nikmat Tuhan yang hanya pinjaman, sehinggakan kita lupa hakikat dan matlamat kita diciptakan.Naudzubillah.
Gambarannya, begitulah hidup sebagai manusia. Tetapi kami, yang menetapkan jejak langkah selaku pengembara di Bumi Allah, tetap akan terus menjiwai jatuh bangun kami. Ada kala iman kami lemah sehingga tiada semangat meneruskan perjalanan, dihiaskan pula hasutan syaitan yang membunuh hammasah dan jiwa yang basah mencari redha Illahi..
Diri Sendiri dan Cinta Illahi : Ini Kekuatan Kami
firman Allah, yang bermaksud "Tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan iman itu indah dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kedurhakaan."(Al-Hujaraat:7)
Jika kita sudah penat berjalan dan berlari di tengah belantara mencari jalan keluarnya, carilah anak sungai. Bukan untuk membasuh mukamu, tetapi untuk menatap wajahmu. Lihatlah kedalam air, siapakah yang Allah tunjukki kepadamu.
Ya, diri kamu sendiri.
Disaat itu, kami mengajak kalian.. berbisiklah, bahawa itu jawapan Allah kepadamu, bahawa apa pun jua matlamatmu, sesusah mana dan sesukar mana pasti ada jalan keluarnya, cuma yang perlu ada adalah dirimu dan Penciptamu.. Kerana, kekuatan itu sememangnya tertanam dalam lubuk jiwamu. Sesukar manapun laluan denai dan belukar, itulah perjalanan pengembara, penuh liku, penuh kesukaran dan kepayahan. Hanya ketatapan hati, keyakinan dan kecekalan yang akan membawa kepada cahaya dihujung perjalanan.
Kami selaku pengembara cukup yakin ;
'Mintalah kepada-Ku niscaya Aku akan mengabulkannya.'' (QS Al Mukmin:60)
Jalan Ini : Tiada Istilah Berpatah Balik
Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat),janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(Az-zumar 39 :53)
Cukuplah dengan saat-saat yang meletakkan diri kita dibumi tandus tanpa petunjuk-Nya, gersang tiada tenang dirasa. Sedetik hati ini berkata untuk melangkah selaku pengembara, kami teruskan langkahan, tiada istilah berpatah balik, kerana kami yakini inilah jalan kebenaran, walau kepayahan bermujahadah menanti kami dihadapan, akan tetap kami teruskan. Bukanlah pengembara yang lemah jiwanya yang hanya melayan kelemahan, tetapi yang bangkit dari kelemahan dan membaikinya untuk meredah jalan ini menuju cahaya. Cahaya Hidayah Allah....
“Semua anak Adam (manusia) banyak melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang bersalah ialah orang yang banyak bertaubat”. (H.R At Tirmidzi).
Seorang sahabat saya ada berpesan ;
mantapkan thaqafah dan fikrah..teruskan bergerak..mmg da'ie pasti diuji dgn mcm2 ujian..kadang-kadang ujian itu akan melemahkan terus hammasah kita..teruskan bergerak!..sesungguhnya Allah bersama KITA.
AYUH !!! BERSAMA KAMI
MENJADI PENGEMBARA DI BUMI INI,
KITA BINA BI'AH SOLEHAH, KITA MANTAPKAN PERIBADI,
MENJADI MUSLIM SEJATI...INSYA-ALLAH...
0 comments:
Post a Comment