بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّØْÙ…َÙ†ِ اارَّØِيم
Assalamualikum wbt,
Sahabatku, telah sekian lama kita menginjak kaki di bumi Tuhan, merasai jutaan nikmatnya yang tak terkira, nikmat melihatnya kecantikan, kehebatan , mendengar pelbagai jenis suara yang singgah di gegendang telinga, cukup mengasyikkan, apatah lagi nikmat bernafas dan melalui denai kehidupan ini.
Apa khabar hati kita agaknya? Adakah ia cukup merasakan syukur sepanjang menemani kita merasai nikmat manis, pahit dan segala warna-warni hidup? Harapnya, ia merasa sangat bersyukur, kerana semuanya adalah datang dari Allah jua. Sahabatku, kita boleh meminta semuanya, tetapi ingat .. Allah yang memberi...Kita boleh menerima, tetapi kita tidak boleh menolak, kerana itu sifir syukur. Menerima dengan seadanya, tidak menolak dengan kesombongan. Masya-Allah, betapa suci bersihnya jika kita memiliki hati yang suci murni sebagai peneman mengharungi kembara yang seluas lautan, sehening padang pasir ini.... Subhanallah..
Kembara Seluas Lautan : Sedalam ilmu dan pengalaman.
"Katakanlah: "kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habis lah lautan itu sebelum habis ditulis kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)". Surah Al-Kahfi: 109
Sahabat syahadahku, pasti kita semua pernah merasai nikmat melihat keindahan lautan bukan? Ya, kebiruannya yang menenangkan, angin bertiup lembut menyinggah dimuka kita sambil alunan lagu nyanyian sang ombak yang sangat mendamaikan. Subhanallah, lihat pula kandungan airnya yang sangat banyak, tidak terkira isi padunya, itu baru dilihat kepada luasnya lautan, belum dilihat dalamnya lautan, pasti tidak terkira banyaknya kandungan air yang Allah limpahkan diatas muka bumi ini buat tatapan kita semua.Subhanallah, tiada siapa dapat tandingi.
Bagaimana pula dibandingkan dengan kita yang ilmunya diibaratkan setitis air, sebutir pasir dan sekecil buih ditepian pantai..lemahnya kita seorang hamba. Sahabatku, selama mana kita menyelami kehidupan berpandukan iman, melayari badai lautan dengan ketaqwaan, kesabaran dan ketabahan pasti ianya melakarkan satu pengalaman dan dapatan ilmu yang dicurahkan Tuhan. Begitulah juga kembara kita selaku hamba, menikmati satu persatu nikmat Allah SWT, menceduk satu persatu sesudu ilmu Allah, merasai kesukaran badai kehidupan, menghadai segalanya dengan semangat dan keimanan, pasti kita akan temui satu keindahan. Keindahan dan kemanisan yang tidak akan pernah dirasai sesiap pun, kerana kita yang melalui, menatapi sebuah episod pengembaraan. Kembara Seluas Lautan.
Sehening Padang Pasir : Antara Iman, Kefahaman dan Kemanisan.
11:53 PM
uNiqUe oRgaNisM

Posted in: 







0 comments:
Post a Comment